Program Multimedia Mikids, “Bahasa Melayu” bertujuan untuk membantu para guru mengajar kanak-kanak di peringkat prasekolah mengikut objektif Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Program dan bahan pembelajaran yang menyeronokkan, menghiburkan dan mengandungi aktiviti yang pelbagai menarik perhatian kanak-kanak.
Kanak-kanak diajarkan kemahiran asas seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menguasai kemahiran seperti:
- Suku kata
- Tatabahasa
- Lagu
- Pantun
- Latihan
PROGRAM BERDASARKAN TEMA
Kanak-kanak diajar secara sistematik dan teratur. Para guru pula dapat memantau perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak dengan mudah.
Permainan bahasa seperti nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi membolehkan kanak-kanak menguasai empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Didik hibur melalui pelbagai aktiviti dan permainan bahasa
Buku
Buku-buku Mikids mengandungi gambar yang menarik perhatian kanak-kanak dan kandungan yang dapat membantu kanak kanak menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu yang kukuh di peringkat prasekolah.
Multimedia
Dengan adanya perisian multimedia, ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih lengkap dan efektif. Malah ia dapat menarik serta mengekalkan minat kanak kanak untuk belajar.
Bahan pembelajaran multimedia dieksploitasi untuk membolehkan para guru mengajar dengan cara yang mudah, menyeronokkan dan menarik minat kanak-kanak. Kanak-kanak juga boleh melibatkan diri dalam pembelajaran mereka melalui cerita, lagu dan pantun sambil membolehkan kanak-kanak memperoleh empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Bahan Pembelajaran
Mikids menyediakan pakej pengajaran yang tersusun dengan baik, termasuk rancangan pengajaran, penilaian, kad imbasan, laporan kemajuan dan laporan tahunan yang membantu guru menjejaki kemajuan kanak-kanak serta menyediakan sokongan yang diperlukan. Ini memudahkan para guru mengesah bahawa objektif pembelajaran tercapai.